Mahkamah dan rumah kediaman rasmi hakim di Sarawak, antara lima cadangan projek pembangunan baharu yang akan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi kenyataan memaklumkan, ia bagi menampung jumlah kes yang semakin meningkat di negeri berkenaan.

Cadangan projek tersebut sedang dipertimbang oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Ia merangkumi pembinaan mahkamah baharu di Limbang, Sri Aman, Mukah dan Kapit. Cadangan itu juga merangkumi pembinaan satu unit kediaman rasmi Hakim Besar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kuching.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini