Kerajaan negeri Melaka memerlukan sekurang-kurangnya RM20 bilion bagi melaksanakan program pembangunan di negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Antaranya projek pembinaan lebuhraya pesisir sepanjang 52 kilometer dan Melaka Waterfront Economic Zone, atau MWEZ.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, cadangan tersebut telah dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara, MPFN dan sedang diperhalusi.

Setakat ini, RM429 juta diperuntukkan kepada negeri Melaka bagi membangunkan 169 projek di bawah RMKe-12.

Beliau bercakap pada sidang media sesi libat urus pasca RMKe-12 anjuran Unit Perancang Ekonomi bersama kerajaan negeri Melaka di ibu negara.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini