Cadangan pelepasan cukai kepada syarikat yang memberi bantuan kepada komuniti terjejas banjir, wajar dipertimbang.

Bukan sahaja menggalakkan lebih banyak entiti korporat tampil membantu, inisiatif berupaya mempercepat fasa pemulihan banjir.

Bagaimanapun, Ketua Percukaian Malaysia, Ernst and Young, Farah Rosley berpendapat aspek ketelusan perlu ditekankan agar bantuan sampai tepat kepada golongan sasar, bukan sekadar memenuhi Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR). Inisiatif sama pernah dilaksanakan pada tahun 2020 melibatkan individu dan syarikat yang menyumbang bantuan tunai dan barangan keperluan kepada rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Beliau ditemui selepas rakaman program Biz Malaysia di Angkasapuri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini