Tiga cadangan pembaharuan berkaitan governans, integriti dan antirasuah akan dibentang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan meliputi hala tuju dasar berhubung penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik.

Perkara itu akan dibentang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah -JKKMAR.

Turut bakal dibentang status terkini pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 serta cadangan pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance).

Status terkini RUU Ombudsman juga akan dibentang dalam Mesyuarat tersebut dan  Mesyuarat Jemaah menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini