Pengarah kejurulatihan beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky akan mencadangkan pengganti bekas jurulatih beregu wanita, Chan Chong Ming dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, Datuk Kenny Goh.

Menurut Datuk Kenny, beliau percaya Rexy akan mengemukakan cadangan itu berserta dengan penilaian prestasi tahunan pemain dan jurulatih dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Jelas beliau, Rexy akan memberi cadangan siapa yang patut menggantikan Chong Ming dalam tempoh sebulan dari sekarang atau mungkin lebih awal dari tempoh tersebut.

BAM dalam kenyataan baru-baru ini memaklumkan mereka telah mencapai keputusan untuk menerima surat peletakan jawatan Chong Ming.

Menurut BAM, jurulatih berusia 41 tahun itu melepaskan jawatannya secara persetujuan bersama selepas menyertai badan induk itu pada Julai 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini