Cadangan pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 perlu dilihat secara menyeluruh dengan matlamat memartabat bahasa kebangsaan.

Ketua Pengarah DBP,Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran menegaskan, tumpuan tidak boleh terarah kepada ketetapan hukuman semata-mata.

draf pindaan itu turut meliputi bidang pentauliahan, penarafan, pelesenan, penguatkuasaan, perbadanan, dan pengantarabangsaan.

Pindaan Akta DBP 1959 antara lain mencadangkan denda tidak kurang RM50,000 atau penjara kepada individu yang tidak menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.