Kedatangan Ramadan bagi pembuat lampu di Bandar Lama Baitulmaqdis, merupakan bulan mereka mendapat tempahan lebih tinggi berbanding bulan biasa. Salah seorang pembuat lampu tradisional, Issam Zughair berkata, menggantung lampu ketika bulan Ramadan adalah salah satu tradisi penduduk Palestin menandakan keterujaan menyambut kedatangan bulan mulia itu. Menurut Issam, lampu yang diperbuat daripada kayu tidak dianggap lampu tradisional Palestin. Ini kerana, lampu tradisional Palestin diperbuat dari besi yang mengambil contoh lampu yang digantung di Masjid Al-Aqsa. Selain masjid, bentuk dan pembuatan lampu dibuat seperti lampu yang dapat ditemui di jalan-jalan utama bandar berkenaan. Beliau mengimport bahan membuat lampu dari Mesir bagi memenuhi permintaan yang meningkat pada bulan Ramadan. Namun, tahun ini, lampu buatan China menjadi saingan utama kepada pembuat lampu tradisional Palestin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini