Digital Nasional Berhad, DNB bakal mengenakan caj kurang daripada 20-sen bagi setiap Gigabait untuk rangkaian 5G kepada syarikat telekomunikasi.
 
Ia jauh lebih murah berbanding kos tambahan semasa bagi setiap Gigabait 4G yang dihasilkan syarikat telekomunikasi, dengan kadar 45 hingga 55 sen bagi setiap Gigabait. 

Bagaimanapun, Menteri Kewangan,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan ke pengetahuan sidang dewan rakyat, penetapan harga tersebut masih belum dimuktamadkan, kerana sedang diperhalusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
 
Beliau turut menjelaskan, syarikat telekemunikasi dijangka akan membayar antara RM3.5-bilion hingga RM4 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang kepada DNB.
 
Jumlah itu jauh lebih rendah bebanding perbelanjaan modal untuk 4G bernilai RM1bilion yang dilaburkan syarikat telekomunikasi setiap tahun.
 
Sekaligus, memberi penjimatan lebih daripada 50 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini