Caj seringgit bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik, ATM akan kembali dikenakan kepada pelanggan mulai Februari tahun depan. Beberapa bank telah memuat naik notis berkenaan di laman sosial masing-masing.

Maybank, dalam makluman di media sosial-nya menyatakan caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula berkuatkuasa 1 Februari tahun depan.

Namun, pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank. CIMB Bank, Bank Islam, dan RHB Bank turut mengeluarkan notis serupa di laman sosial masing-masing.                            

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini