Kerajaan Negeri Melaka menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan segera berhubung aduan pengguna di Melaka berhubung caj tariff elektrik yang meningkat secara mendadak selepas menggunakan Smart Meter .Ketua Menteri, Adly Zahari menegaskan setiap aduan yang diterima harus diambil perhatian serius kerana pelaksanaan meter pintar itu sepatutnya membantu pengguna mengawal penggunaan harian elektrik. Justeru, pemantauan berterusan perlu dilaksana TNB berkaitan pelaksanaan meter pintar kerana masih ada rakyat yang tidak jelas mengenai fungsinya. Beliau mengulas perkara berkenaan selepas majlis sumbangan Aidilfitri di rumah anak anak yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj (RAYSAS, Tanjung Kling yang disempurnakan Raja Muda Selangor, Duli Yang Amat Mulia Tengku Amir Shah. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai keluhan pengguna meter pintar apabila caj tariff elektrik mereka meningkat secara mendadak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini