Rewang bersama masyarakat untuk majlis Isra’ Mikraj dan ziarah berjumpa guru lama, antara aktiviti kempen calon-calon BN di kerusi Dewan Negeri Semarang dan Sri Medan, Batu Pahat.

Tidak ketinggalan, calon Amanah, Aminolhuda Hassan, yang bertanding di kerusi Dewan Negeri Parit Yaani, untuk memberi penghormatan menghadiri majlis pengebumian di Parit Andin 3.

Datuk Samsolbari ketika ditemui berkata, kempen bersemuka kali ini membolehkan beliau terus mendekati pengundi di Semarang.

Begitu juga dengan Datuk Zulkurnain Kamisan di Sri Medan, yang sempat meluangkan masa berjumpa guru lamanya, Fauzan Ya’amat sambil mengedarkan kalendar tahun baharu.

Bagi Aminolhuda, kempen bersemuka dan media sosial perlu diseimbangkan demi mengelakkan penularan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini