Pemimpin negara-negara Eropah mengiktiraf Ukraine sebagai calon rasmi bagi menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Mereka menganggap tindakan Ukraine memutuskan untuk menjadi calon menyertai EU adalah suatu detik bersejarah.

Tindakan geopolitik itu bakal menjadi rangsangan semangat buat Ukraine yang sedang dilanda peperangan dengan Rusia.

Selepas pengumuman rasmi mengenai keputusan itu, Presiden Volodymyr Zelenskiy melalui laman twitternya menyatakan masa depan Ukraine adalah bersama EU.

Kelulusan permohonan Kyiv melalui pertemuan pemimpin EU di Brussels dijangka akan menimbulkan kemarahan Rusia dalam pergelutannya dalam ‘mendapatkan’ Ukraine.

Barat melihat konflik Rusia-Ukraine sebagai perang pencerobohan yang tidak wajar, mengorbankan ribuan orang selain jutaan kehilangan tempat tinggal.

Krisis bermula 24 Februari lalu itu turut memusnahkan bandar, manakala pengurangan eksport makanan dan tenaga menjejaskan negara di seluruh dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini