Semua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum DUN Melaka perlu menandatangani aku janji memerangi rasuah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selari dengan pendirian gabungan itu untuk menentang salah laku berkenaan.


Beliau berkata demikian di Shah Alam malam tadi.

Turut hadir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam perkembangan berkaitan, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan manifesto PN bagi PRU Dun berkenaan akan diumum dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini