Tiada angin tiada ribut, begitulah yang dapat digambarkan mengenai berita selebriti media sosial,
Caprice yang tiba-tiba dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang gadis misteri.

Semuanya bermula apabila seorang individu bernama Yasser Khan telah berkongsi foto Caprice
menyarungkan cincin buat pasangannya.

Lebih meyakinkan apabila penyanyi & pelakon, Azira Shafinaz turut berkongsi semula entri berkenaan.
Pasangan penyanyi rap itu didedahkan sebagai Fara Inalis Hussni atau Elis yang berusia 26 tahun.

Seorang ibu tunggal dan memiliki seorang anak perempuan berusia 7 tahun.

Merupakan seorang usahawan yang popular di Instagram, wanita itu berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Netizen mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selepas Caprice berkongsi video
pernikahannya di Instagram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini