Bintang tenis baharu Sepanyol, Carlos Alcaraz menjadi pemain termuda memenangi kejohanan bertaraf ATP 500 apabila dia menewaskan Diego Schwartzman dari Argentina pada aksi final Terbuka Rio pada Ahad.

Sebelum ini, Alcaraz memenangi perlawanan sulungnya dalam Jelajah ATP di kejohanan ini dua tahun lalu.

Namun, kali ini pemain berusia 18 tahun itu mencipta sejarah tersendiri dengan merangkul gelaran juara kejohanan yang sama.

Turun selaku pilihan ketujuh, Alcaraz beraksi dengan baik untuk menewaskan Schwartzman straight sets 6-4, 6-2.

Kemenangan itu juga bakal memperbaiki kedudukan rankingnya ke dalam kelompok 20 pemain teratas dunia selepas ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini