Pentadbiran Hong Kong secara rasmi menggelar kumpulan penunjuk perasaan yang menyebabkan kecederaan kepada pasukan keselamatan adalah perusuh.Ketua Eksekutifnya, Carrie Lam yang melawat anggota polis cedera di hospital memuji pasukan keselamatan kerana terus melindungi rakyat daripada keganasan perusuh walaupun berdepan risiko kecederaan. Protes hujung minggu berakhir dengan rusuhan apabila peserta bertempur dengan pihak polis di dalam sebuah pusat beli belah di Sha Tin.Pertempuran itu menyebabkan perusuh dan anggota keselamatan mengalami kecederaan termasuk seorang pegawai yang digigit jari hingga hampir putus.Polis menahan lebih daripada 40 orang di atas tuduhan menyertai perhimpunan haram membantah rang undang-undang ekstradisi.Mengulas perkara itu, Lam menyatakan sokongan berterusan kepada pasukan keselamatan yang bertindak bagi membendung protes daripada menjadi lebih buruk.Walaupun berdepan tekanan sedemikian, Lam berikrar akan kekal memegang jawatan berkenaan sehingga mandatnya berakhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini