Kenyataan yang mempersoal keutuhan dan kebebasan media di Hong Kong disangkal Ketua Eksekutif wilayah China itu, Carrie Lam.

Ia berikutan beberapa siri penahanan pengamal media dan pemberhentian operasi 3 syarikat penerbitan setakat ini kerana dikaitkan dengan penyebaran berita palsu serta hasutan.

Menurut beliau, kefahaman terhadap undang-undang lebih penting jika mahu isu berkenaan dibahaskan.

Mei tahun lalu Beijing mengenakan undang-undang keselamatan negara ke atas Hong Kong bagi memulihkan kestabilan dan mengekang tunjuk perasaan Pro Demokrasi.

Semalam, sebuah media dalam talian Citizen News, menghentikan operasi atas alasan keselamatan selepas polis menyerbu pejabat Stand News, membekukan aset dan menangkap editor atas tuduhan menghasut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini