Ini nasihat buat penonton OnViral, yang mana anda semua diingatkan supaya mengelak daripada merebus atau memanaskan telur di dalam ketuhar gelombang mikro atau microwave. 

Jika tidak, anda mungkin akan alami nasib sama seperti lelaki ini… telur rebusnya meletup dan mengenai mukanya.

Kejadian berlaku di bandar Xuzhou, wilayah Jiangsu, China pada 28 November lalu.

Mujur insiden tidak mendatangkan sebarang kecederaan.

Merebus atau memanaskan telur di dalam microwave menyebabkan udara terkumpul di dalam telur dan boleh mengakibatkan letupan kecil.

Oleh itu, jika mahu panaskan telur rebus, lebih baik dipotong terlebih dahulu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini