Amerika Syarikat menasihatkan rakyatnya supaya tidak mengembara ke Perancis, Jordan, Portugal dan Tanzania susulan kebimbangan COVID-19.

Berkuatkuasa semalam juga, ia mengenakan peraturan baharu iaitu mewajibkan pengembara udara antarabangsa yang tiba di negara itu, negatif ujian COVID-19 dalam masa satu hari perjalanan.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika kini menyenaraikan 83 destinasi pada klasifikasi tahap 4 iaitu sangat tinggi.

Berkuat kuasa 29 November lalu pentadbiran Joe Biden menghalang hampir semua warga asing daripada memasuki Amerika Syarikat dari lapan negara selatan Afrika.

Ia susulan kebimbangan penularan varian Omicron.

Jurucakap White House, Jen Psaki berkata sekatan perjalanan ke selatan Afrika dinilai dan dibincangkan setiap hari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini