Pengurangan elaun latihan kepada atlet berisiko jejaskan pencapaian negara di Sukan Sea Hanoi.

Kebimbangan itu disuarakan Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi, Datuk Nur Azmi Ahmad menjelang temasya dwitahunan tersebut Mei ini.

Beliau merayu agar Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menilai semula penyelarasan elaun tersebut.

Datuk Nur Azmi yang juga setiausaha Agung Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) berkata, pihaknya setuju elaun dipotong tetapi bukan terlalu banyak kerana atlet berkorban, mengerah tenaga untuk menjulang nama negara.

Antara yang boleh dilaksanakan kerajaan katanya adalah mengembalikan konsep rakan sukan dengan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjadi bapa angkat kepada persatuan sukan kebangsaan.

Sementara itu, beliau berkata ketika mesyuarat Jawatankuasa MOM baru-baru ini, sebanyak 180 atlet layak beraksi di sukan SEA dalam Kategori A iaitu semua kos ditanggung namun pemillihan atlet hanya dilakukan selepas Tahun Baharu Cina.

Datuk Nur Azmi berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa Makaf di Wisma MOM semalam.

Rabu lepas, MSN mengumumkan penyelarasan semula elaun susulan keadaan semasa ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19, selain bencana alam melanda negara baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini