Walaupun beberapa acara prospek emas tidak dipertandingkan di Hanoi selain bakal dibarisi atlet remaja dan pelapis.

Chef De Mission, Datuk Nur Azmi Ahmad tetap optimis terhadap perubahan tersebut.

Acara Heartstone bagi E-Sukan dan kategori Break Dance bagi sukan Dancesport yang mana Malaysia merupakan juara bertahan tidak akan dipertandingkan pada edisi kali ini.

Manakala status penyertaaan gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi masih lagi menjadi tanda tanya.

Setakat hari ini, kontinjen negara yang akan ke Sukan Sea Hanoi adalah seramai 770 orang membabit 574 atlet dan 196 pegawai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini