Hong Kong menyekat sementara penerbangan transit daripada 150 negara dan wilayah berisiko tinggi penularan COVID-19.

Arahan berkuatkuasa sebulan, mulai semalam.

Tindakan itu sebagai langkah pengawalan dan pencegahan virus, menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina, awal bulan depan.

Bagi membantu rakyat, terutama peniaga mendepani impak penguatkuasaan itu, kerajaan Hong Kong melancar Pakej Bantuan berjumlah $AS459 juta.

Peraturan dijangka kembali dilonggarkan secara berfasa selepas cuti perayaan.

Namun, pelaksanaannya bergantung kepada situasi penularan COVID-19 terutama kes membabitkan varian OMICRON.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini