Cekik dan tumbuk.Itu punca ikatan pertunangan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman terlerai.Difahamkan kejadian pada 26 Jun lalu berlaku selepas Aishah dikatakan meminta Syafie meninggalkan hubungan songsangnya.Syafie kemudian didakwa menghamburkan kata-kata kesat sebelum mencekik leher dan menumbuk muka bekas tunangnya. Susulan itu, syafie ditahan Sabtu lalu untuk siasatan lanjut dan dibebaskan dengan jaminan polis semalam.Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan.###

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini