Seorang wanita berdepan detik cemas selepas bayi lelakinya terperangkap di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan rumahnya di Taman Sempelang, Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Difahamkan, bayi berusia setahun itu ditinggalkan bersendirian oleh ibunya kerana ingin mengambil sesuatu di dalam rumah sebelum pintu kenderaan tiba-tiba terkunci.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.22 pagi.

Sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dihantar ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, bayi berkenaan masih berada di dalam kenderaan berkenaan, dalam keadaan enjin dan penghawa dingin masih berfungsi.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas dalam membuka pintu kenderaan tersebut.

Bayi terbabit berjaya dikeluarkan dan selamat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini