Penganjuran ceramah, syarahan atau kempen secara fizikal dibenarkan sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-15.

Bagaimanapun, kehadiran terhad kepada 100 orang yang lengkap vaksinasi COVID-19 sahaja.

Lokasi penganjuran hanya dibenarkan di pejabat atau bilik gerakan parti yang rasmi.

Setiap sesi ceramah, syarahan atau kempen dibenarkan berlangsung selama dua jam dan tidak boleh lebih pukul 10 malam.

Penganjur juga perlu terlebih dahulu mendapat permit daripada polis.

Kempen ziarah rumah ke rumah turut dibenarkan namun hanya boleh melibatkan lima individu saja.

Edaran risalah hendaklah dibuat di luar pagar rumah dan peserta kempen tidak dibenar masuk ke kediaman untuk berjumpa penduduk.

Individu positif COVID-19, kontak rapat serta bergejala tidak dibenarkan menyertai kempen ziarah dan sesi ‘walk-about’.

PRU Dewan Negeri Johor Ke-15 akan membuka tirainya 26 Februari ini bermula dengan sesi penamaan calon.

Undi awal pada 8 Mac, manakala hari pengundian pada 12 Mac.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini