Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dengan pencerobohan e-mel perniagaan atau ‘business email compromise’ (BEC) yang melibatkan kerugian lebih 3.9 juta ringgit.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamaruddin Md Din sindiket itu menggodam emel syarikat tertentu sebelum menyamar sebagai rakan kongsi perniagaan untuk mendapatkan wang.

Suspek wanita warga tempatan yang berusia 41 tahun dan pasangannya warga Nigeria 43 tahun ditahan di kediaman mereka di Eco Majestic Semenyih.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaaan.

Terdahulu, sebanyak 57 kes penipuan BEC dicatatkan membabitkan kerugian RM49 juta sepanjang tahun lalu manakala sehingga Jun tahun ini sebanyak 23 kes dilaporkan membabitkan kerugian RM15 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini