Perkembangan terbaru mengenai pencerobohan 16 lokasi tanah milik Kementerian Pertahanan dijangka diumumkan minggu hadapan. Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong berkata; pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Tindakan itu termasuk melaporkan kepada pihak polis jika wujud unsur jenayah atau rasuah. Beliau berkata demikian pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa (PJM) di Taiping, Perak. Pada majlis tersebut, seramai 500 veteran ATM dianugerahkan pingat menjadikan keseluruhan 26 ribu 609 orang menerima PJM setakat ini. Selasa lalu, Kenyataan Kementerian Pertahanan memaklumkan sebanyak 16 lokasi tanah miliknya dikenal pasti terbabit dengan aktiviti pencerobohan sehingga Mei lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini