Keserasian antara Chan Peng Soon dan Valeree Siow ternyata semakin menjadi meskipun tidak sampai sebulan digandingkan sebagai beregu campuran baharu negara.

Menurut Peng Soon, beliau gembira kombinasinya kini bertambah baik sekali gus lebih yakin untuk berdepan aksi pertama pada Terbuka India.

Peng Soon-Valeree yang diletakkan sebagai pilihan kelima dalam kejohanan itu, akan membuka gelanggang dengan menentang pasangan bukan pilihan dari India, Raju Mohamed Rehan-Anees Kowsar Jamaludeen.

Pada 10 Disember lepas, Valeree dipilih sebagai pasangan baharu Peng Soon selepas pemain berpengalaman itu mengumumkan berpisah dengan Goh Liu Ying,  selepas 13 tahun bergandingan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini