Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Sydney 2000, Candra Wijaya ditawarkan jawatan jurulatih beregu campuran negara, Goj Soon Huat – Shevon Lai yang kini sedang beraksi di Kejohanan Indonesia Masters dan Terbuka Indonesia.
 
Menurutnya, kini beliau sedang memantau kedua pemain tersebut sebelum menerima tawaran untuk menjadi pengendali sepenuh masa.

Candra Wijaya yang kelihatan berada di bangku jurulatih ketika pasangan beregu campuran itu beraksi di pusingan pertama Kejohanan Indonesia Masters menjadi tanda tanya dan Soon Huat- Shevon mengesahkan perkara tersebut
selepas saingan pusingan kedua.
 
Bekas pemain Indonesia itu berkata pasangan beregu campuran profesional negara mempunyai potensi dan semangat yang tinggi untuk memperbaiki prestasi mereka. 

Bagi saingan Kejohanan Indonesia Masters Soon Huat-Shevon Lai berjaya melepasi pusingan pertama namun tewas di pusingan kedua di tangan pemain Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 15-21, 21-7, 22-20.
 
Bekas pemain Indonesia itu menyatakan pasangan beregu campuran ini perlu megubah strategi sebelum memulakan saingan Terbuka Indonesia. 

Soon Huat-Shevon Lai dijadualkan bertemu rakan senegara pada pusingan pertama Kejohanan Terbuka Indonesia pada 23 November ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini