Isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam disytihar sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baharu pada Majlis Konvokesyen UTM ke-64 di Johor Bahru, Johor, hari ini.

Turut dilantik sebagai Pro-Canselor, Tan Sri Datuk Sri Jamaludin Ibrahim. 

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, berharap lantikan tersebut membolehkan UTM terus melakar kejayaan sebagai sebuah universiti penyelidikan terulung negara.

Dalam pada itu, seramai 8,956 graduan UTM tamat pengajian dalam Majlis Konvokesyen tersebut yang berlangsung bermula pagi tadi. 

Majlis Konvokesyen secara fizikal berkenaan julung kali dianjurkan selepas tiga kali ditangguh berikutan pandemik COVID 19.

Daripada jumlah itu, seramai 812 graduan merupakan pelajar antarabangsa dari 54 buah negara. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini