Sambutan ulang tahun perkahwinan pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin terganggu apabila suami serta anaknya disahkan positif COVID-19, bulan lalu.

 Che Ta mendedahkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana turut dijangkiti COVID-19 selepas sehari Zain disahkan positif.

Disebabkan situasi tidak terduga itu perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi terpaksa ditunda.

Zain mempunyai gejala seperti batuk, selsema dan demam. 

Bagaimanapun, Aaisyah hanya mengalami demam sahaja, deria rasa masih ada. 

Manakala che ta dan dua anak lelakinya disahkan negatif. 

Tambah Che Ta lagi, suami dan anaknya hanya melakukan kuarantin kendiri di rumah dan kini disahkan pulih sepenuhnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini