Jaguh perseorangan badminton para negara, Cheah Liek Hou sedang giat membuat persiapan bagi menghadapi beberapa kejohanan besar tahun ini.

Jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek berkata,  antara yang menjadi fokus utama adalah Kejohanan Para Dunia dan Sukan Para Asia.

Beliau menyatakan perkara itu selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama UITM.

MOU tersebut bagi memberi ruang kepada pelajar di falkuti pendidikan UITM, menerima latihan kemahiran yang mendalam mengenai sukan badminton.

Sebelum ini Liek Hou mencipta sejarah menjadi atlet para pertama dalam sukan badminton yang memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini