Chile menjadi negara Amerika Latin pertama memulakan pemberian dos vaksin keempat kepada rakyatnya susulan peningkatan kes harian COVID-19 di negara itu.

Pemberian dos keempat itu adalah sebahagian usaha kerajaan melindungi rakyatnya susulan impak varian Omicron.

Pelaksanaan pemberian dos keempat di negara itu akan diteruskan sehingga 7 Februari depan kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Ia akan diperluaskan kepada individu berusia 55 tahun ke atas.

Peningkatan mendadak jangkitan di negara jiran seperti Argentina, Bolivia dan Peru menyumbang kepada keputusan mempercepat pemberian dos itu.

Menurut Presidennya, Sebastian Pinera, tidak mustahil kes harian di negara itu mencecah sehingga 10,000 kes sehari sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini