China mendakwa Amerika Syarikat cuba merampas sokongan negara-negara rantau Asia Pasifik dan menjadikan mereka sepakat menentang Beijing.

Menteri Pertahanan China, Jeneral Wei Fenghe membidas kenyataan Setiausaha Pertahanan Amerika, Lloyd Austin yang menuduh China menyebabkan ketidakstabilan rantau itu.

Austin menekankan keperluan untuk perkongsian pelbagai hala dengan negara-negara di Indo-Pasifik, yang mana disifatkan Jeneral Wei sebagai cubaan mengetepikan China.

Tegasnya, tiada negara harus memaksa kehendaknya terhadap pihak lain, atau membuli mana-mana pihak dengan bertopengkan multi-lateralisme.

Jeneral Wei menjelaskan Beijing bersedia melakukan apa sahaja untuk merealisasikan matlamatnya untuk bersatu semula dengan Taiwan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini