China dituduh melakukan kekejaman terhadap minoriti Uyghur di wilayah Xinjiang. Walaupun tiada bukti pembunuhan besar-besaran, Namun kes lain telah didedahkan termasuk perhambaan, penyeksaan, kes rogol dan pengguguran bayi secara paksa.

Satu tribunal di London telah mendapati bahawa bahawa China sedang menghapuskan etnik Uyghur di barat laut negara itu.

Sembilan peguam dan pakar hak asasi manusia mengeluarkan pendapat tersebut selepas mendengar dakwaan mengenai penyeksaan, kes rogol dan tindakan tidak berperikemanusiaan, dalam 2 sesi keterangan pada tahun ini.

Tribunal itu ditubuhkan atas permintaan Kongres Uyghur Sedunia- iaitu kumpulan terbesar yang mewakili Uyghur diluar negara. Kongres Uyghur mendesak masyarakat antarabangsa bertindak terhadap China atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia.

Dalam laporan setebal 63 muka surat, panel menyatakan tiada bukti pembunuhan besar-besaran, namun terdapat kes munasabah bahawa China  berhasrat memusnahkan minoriti Muslim Uyghur di barat laut negara itu Bagaimanapun, Beijing mengutuk Tribunal Uyghur itu, dan menganggap ia sebagai fitnah “anti-China”.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini