China sedia bekerjasama dengan Indonesia dalam rantaian industri vaksin COVID-19 serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubat-ubatan. Ini bertujuan membantu Indonesia membina pusat pengeluaran vaksin serantau.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian menerusi perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo.

Sementara itu, beliau turut menyarankan agar kedua-dua negara merealisasikan pembangunan bersama, di samping menjadi teladan dalam kerjasama pragmatik. Bagi memacu kerjasama pasca pandemik, Jin Ping menjelaskan, usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) perlu diintegrasikan.

Kerjasama antara dua pihak juga perlu dipergiat untuk membina landasan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang berkualiti tinggi, selain menjayakan program utama seperti Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau dan “Dua Negara, Dua Taman”.

Dalam pada itu, China dan Indonesia masing-masing menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi BRICS dan Kumpulan 20 (G20) pada tahun ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini