China berjanji tidak akan berkompromi terhadap keselamatan dan menghakis kedaulatan negara-negara Asia Tenggara.

Itu kata Presiden Xi Jinping ketika berucap pada persidangan maya memperingati ulang tahun ke-130 hubungan China-ASEAN.

Beliau akui tegas menentang semangat hegemonisme dan politik kuasa dan mahu mengekal persahabatan dan keamanan negara-negara di rantau itu.

China mahu mengekalkan kerjasama dengan ASEAN dan menyelesaikan pertikaian yang timbul melalui dialog.

Jaminan terbaharu China itu muncul susulan wujud pertikaian keselamatan di Laut China Selatan selepas kapal-kapal China kerap dilihat menceroboh perairan negara-negara ASEAN seperti Filipina, Malaysia dan Indonesia.

Beijing juga cuba mengukuhkan tentera lautnya dengan mengganggu kapal-kapal ASEAN yang beroperasi di zon ekonomi eksklusif mereka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini