China melaksanakan perintah berkurung di bandar Lanzhou, wilayah Gansu yang mempunyai hampir empat juta penduduk sebagai usaha menangani lonjakan kes jangkitan COVID-19 di utara China.

Penduduk di bandar Lanzhou diarahkan kekal berada di rumah dan hanya dibenarkan keluar jika kecemasan.

Laluan keluar-masuk penduduk dikawal ketat dan dihadkan bagi mendapatkan bekalan keperluan asas atau rawatan perubatan.

Sekatan itu dibuat ketika China melaporkan 29 kes penularan tempatan termasuk enam kes di Lanzho yang terletak di timur laut wilayah Gansu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini