China melancarkan satelit pemerhatian bumi baharu dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.

Satelit Gaofen-3 02, dilancarkan menerusi roket Long March-4C pada 7.45 pagi waktu Beijing dan memasuki orbit seperti dirancang.

Satelit itu akan beroperasi pada altitud 755 kilometer .

Satelit Gaofen akan dirangkai dengan satelit Gaofen-3 yang mengorbit bumi untuk membentuk satelit radar darat-laut.

Ia akan meningkatkan keupayaan pemerhatian kapal, serta pemantauan kecemasan di laut dan persekitaran keadaan semula jadi bumi.

Satelit itu juga berupaya dalam mitigasi bencana marin, perlindungan alam sekitar, pemeliharaan air, pertanian dan meteorologi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini