Di China, dua kes Omicron yang dikesan di wilayah utara, Tianjin, memaksa pihak berkuasa melancarkan ujian COVID-19 besar-besaran.

Menurut pegawai Kesihatan, Tianjin merekodkan dua kes itu daripada 20 kes baharu COVID-19 yang ditemukan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Susulan itu, ujian besar-besaran dilancarkan di 16 daerah semalam, dengan penduduk diberikan kod hijau sehingga keputusan hasil ujian negatif, diperoleh.

Menurut Timbalan Pengarah Pejabat Daerah Kecil Gulou di daerah Nankai, pihaknya telah mengaturkan penduduk mengambil ujian secara berjadual di pusat saringan yang disediakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini