China dilapor melancarkan ujian peluru berpandu antibalistik iaitu ujian teknologi pintasan antipeluru berpandu jarak pertengahan pada Ahad.

Kementerian pertahanan China memberitahu, ujian itu mencapai matlamat yang dijangkakan dan ia bersifat defensif serta tidak ditujukan kepada mana-mana negara.

China meningkatkan penyelidikan ke atas semua jenis peluru berpandu, daripada yang boleh memusnahkan satelit di angkasa kepada peluru berpandu balistik yang canggih. Ia sebagai sebahagian daripada skim pemodenan oleh Presiden Xi Jinping. Beijing berkata teknologi sedemikian diperlukan untuk pertahanan dan keselamatan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini