Kementerian Perindustrian Myanmar dan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) memeterai perjanjian pembekalan vaksin COVID-19 separuh siap.

Ia adalah hasil penting yang dicapai kedua-dua negara dalam kerjasama pembotolan vaksin.

Duta China ke Myanmar, Chen Hai menyifatkan usaha sama itu signifikan untuk memperkasa  kerjasama kedua-dua negara bagi memerangi COVID-19.

China berharap vaksin Sinopharm keluaran tempatan dapat siap segera dan lebih ramai warga Myanmar boleh mendapat akses kepada produk kesihatan awam itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini