China menafikan dakwaan beberapa pihak bahawa Beijing cuba memerangkap negara-negara Afrika dengan beban hutang menerusi tawaran pinjaman dalam jumlah besar.

Menteri Luarnya, Wang Yi berkata, pihaknya menolak sama sekali andaian itu, yang disifatkan sebagai konspirasi bagi menghalang usaha untuk mengurangkan kemiskinan di negara terbabit.

Beliau menjelaskan, pinjaman yang diberikan China kepada Afrika adalah bersifat ‘menang-menang’ dan bukannya strategi untuk mengeksploitasi konsesi diplomatik dan komersial.

Tegasnya, dakwaan itu tidak benar sebaliknya hanya spekulasi yang dibangkitkan sesetengah pihak yang tidak mahu melihat pembangunan di Afrika.

Beliau berkata demikian selepas melawat projek infrastruktur dibiayai China di Kenya.

China adalah rakan dagang terbesar Afrika dengan nilai perdagangan terus melebihi $AS200 bilion pada 2019.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini