China nafi dakwaan kapal tentera lautnya memancarkan laser ke arah salah sebuah pesawat peninjau Australia di luar pantai utara Australia, minggu lalu.

Perdana Menteri, Scott Morrison menyifatkan-nya sebagai tindakan berbaur ugutan, manakala Jabatan Pertahanan menyifatkannya sebagai membahayakan nyawa.

Beijing bagaimanapun berkata, dakwaan Australia itu tidak benar. Ia sebaliknya mempertahankan pergerakan kapalnya sebagai pelayaran biasa yang mengikut undang-undang antarabangsa.

Beijing sehubungan itu menggesa Australia menghormati hak sah kapal China belayar di kawasan laut mengikut undang-undang antarabangsa. Kementerian Pertahan China pula mendakwa pesawat peronda P-8 Australia telah terbang kira-kira empat kilometer dari kapal terbabit dalam kejadian berkenaan dan menyifatkannya sebagai provokasi jahat yang mencetuskan ancaman keselamatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini