China mengatasi Amerika Syarikat untuk menjadi menjadi negara paling kaya di dunia .

Ia berdasarkan laporan penyelidikan terbaharu syarikat perunding pengurusan perniagaan, McKinsey & Co, yang dikeluarkan baru-baru ini.

Penyelidikan yang dilakukan  McKinsey & Co mendedahkan  anggaran kekayaan China meningkat daripada 7 trilion dolar  pada tahun 2000 kepada 120 trilion dolar pada tahun 2020.

Data syarikat berkenaan mendapati, sejak 20 tahun lalu China mewakili hampir satu pertiga daripada peningkatan kekayaan dunia.

Amerika gagal mengatasi China disebabkan tiada lonjakan harga di pasaran hartanahnya.

Data itu dikumpulkan dari tahun 2000 hingga 2020.

China hanya menjadi anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2001, sekali gus menyebabkan lonjakan kekayaannya. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini