China merekodkan 55 kes lokaliti baharu jangkitan COVID-19 yang dikesan di beberapa kawasan pada Khamis lepas.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan berkata, daripada jumlah tersebut, 52 kes dikesan di Shaanxi, manakala satu kes direkodkan masing-masing di Zhejiang, Guangdong dan Guangxi.

Turut dilaporkan ialah 32 kes import baharu di 10 wilayah lain.

Bagaimanapun, tiada kematian direkodkan.

Sehingga Khamis lalu, sebanyak 10,793 kes import dilaporkan di tanah besar dan daripada jumlah itu, 10,125 pesakit telah pulih manakala 668 lagi masih menerima rawatan.

Jumlah kumulatif kes baharu di negara itu pula mencecah 100,731 orang dengan 94,244 pesakit disahkan pulih dan 4,636 lagi melibatkan kematian. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini