Presiden China, Xi Jinping mengimbau kembali sejarah luar biasa antara China dan PBB di samping terus berusaha untuk berkembang menuju ke dunia yang lebih baik.

Dalam sidang video bersama Setiausaha Agung PBB, António Guterres, Xi berkata pandemik membawa impak besar kepada pelbagai negara khususnya dalam kalangan negara membangun.

Jelas Xi, memerangi wabak dan membaik pulih ekonomi perlu diusahakan bersama-sama serta mengulangi pendirian agar vaksin dibahagikan secara adil bagi membendung wabak di negara-negara membangun.

Beliau berkata demikian sempena ulang tahun ke-50 keanggotaan China dalam PBB.

China bersedia meningkatkan penyelarasan dengan PBB, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global dan menyelesaikan masalah pembangunan negara-negara membangun.

Selain bersedia mendorong pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 PBB serta kemajuan global ke fasa baharu yang seimbang dan inklusif.

Sementara itu, António Guterres pula menyatakan pembangunan China telah membawa peluang kepada dunia dan pihaknya menghargai tindakan China mengekalkan multilateralisme dan sokongannya terhadap semua usaha PBB.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini