Bekas pemain badminton beregu lelaki negara, Chan Chong Ming letak jawatan sebagai jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan, Rabu lepas.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, bahawa pihaknya mencapai keputusan untuk menerima surat peletakan jawatan itu.

Jurulatih berusia 41 tahun itu mula menyertai BAM pada Julai 2020.

BAM merakamkan penghargaan kepada Chong Ming atas sumbangan beliau terhadap pencapaian pasukan beregu wanita negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini