Seekor cicak yang mempunyai dua kepala dan tiga mata menjadi tumpuan warganet.

Cicak betina dinamakan Lucky ini menjadi popular selepas seorang lelaki berkongsi video reptilia terbabit dalam akaun Instagramnya, baru-baru ini.

Pemilik akaun, Jaya Brewer, pengasas Zoo Reptilia di California mempunyai lebih lima juta pengikut di Instagram.

Untuk rekod, Lucky ditemui pada 2019 dan dihantar ke Taman Reptilia Australia di Sydney untuk dipulihara.

Mata ketiga cicak itu terletak di tengah-tengah kepala haiwan berkenaan.

Ia juga dilapor memiliki lidah berwarna biru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini