Koleksi bekas makanan milik ibu kita ternyata adalah antara barang yang paling disayanginya. Dan ia cukup menyeramkan jika kita hilangkan atau buang bekas itu tanpa izin mereka terlebih dahulu.

Tular sebuah video di TikTok memaparkan reaksi seorang guru yang teruja mengetahui satu ‘trick’ bekas makanan yang boleh dilipat. Bekas makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia ini nyata sering kita terima di majlis kenduri atau jamuan makan.

Menerusi video berkenaan, guru itu dilihat sedang merakam tutorial melipat bekas makanan tanpa menumpahkan juadahnya. Video tersebut berjaya meraih 2.7 juta tontonan, serta 261,000 tanda suka di TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini